NOTAPIS : Sebuah podcast Berita Harian Singapura cover logo

Kenapa remaja tertarik dengan tabiat merokok?

12m · NOTAPIS : Sebuah podcast Berita Harian Singapura · 10 Aug 04:31

Isu merokok dalam kalangan pelajar sekolah kekal menjadi satu keprihatinan dan ia seolah sudah menjadi suatu kebiasaan melihat mereka mula merokok pada usia sangat muda. Apa antara sebab yang mendorong tabiat ini? Bagaimana pula media sosial memburukkan lagi keadaan tersebut? Ikuti perbincangan podcast edisi pelajar Gen G oleh wartawan Harith Mustaffa bersama pelajar Sekolah Menengah Woodlands Ring, Nina Syamira Wira dan Nur Nabilah Mohd Sairi.

See omnystudio.com/listener for privacy information.

The episode Kenapa remaja tertarik dengan tabiat merokok? from the podcast NOTAPIS : Sebuah podcast Berita Harian Singapura has a duration of 12:43. It was first published 10 Aug 04:31. The cover art and the content belong to their respective owners.

More episodes from NOTAPIS : Sebuah podcast Berita Harian Singapura

Apabila pembantu rumah bercuti….

Lazimnya pembantu rumah di Singapura akan meluangkan hari cuti mereka dengan kegiatan riadah seperti berkelah atau bersiar-siar. Namun ada juga segelintir yang memanfaatkan masa itu untuk meningkatkan diri.

Episod No Tapis kali ini menampilkan pembantu rumah, Sri Mulyani dan Fitri yang berwawasan dan berkongsi usaha mereka mempertingkat kemahiran melalui pelbagai kursus supaya dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa apabila pulang ke Indonesia nanti.

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Cheekies ingin berkembang jadi jenama antarabangsa?

Mula sebagai perniagaan untuk bantu keluarga, pengasas Cheekies, Encik Nabill Shukry Johari, kini ingin kembangkan perniagaan ke Indonesia.

Dalam podcast No Tapis kali ini, Encik Nabill berkongsi perjalanannya sebagai anak muda yang mengendali perniagaan sepenuh masa, bekerja sepenuh masa dan belajar sebagai pelajar sambilan.

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Adakah sokongan bagi anak-anak berkeperluan khas mencukupi?

Tahun ini, pemerintah mengumumkan beberapa sokongan tambahan bagi anak-anak berkeperluan khas. Namun, apakah sebenarnya cabaran yang dilalui ibu bapa anak berkeperluan khas ini?

Dalam podcast No Tapis kali ini, Konsultan Kanan Pendidikan Khas, Dr Haslina Hassan, dan seorang bapa dengan anak berkeperluan khas, Mohamed Shahrom Mohd Taha membincangkan sekiranya sokongan yang ditawarkan bagi anak-anak berkeperluan khas mencukupi.

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Di sebalik tabir Gegar Vaganza

Ada lagu, ada lagi.

Sejak 2014, rancangan televisyen realiti Malaysia. Gegar Vaganza telah menarik perhatian orang ramai dengan memberi peluang kedua kepada penyanyi-penyanyi popular untuk bersinar sekali lagi.

Dalam podcast No Tapis kali ini, koresponden Berita Harian, Encik Anwar Saleh dan Ketua Gaya Hidup, Cik Haryani Ismail menerima eksklusif di sebalik tabir siri tersebut bersama Pengarah Urusan Inkhouse Media, Datuk Khairul Anwar Salleh.

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Selepas 50 tahun, sumbangan P Ramlee tetap dikenang

Lima puluh tahun selepas berpulangnya Tan Sri P. Ramlee, namanya terus dijulang sebagai ikon seni disebabkan bakatnya yang luar biasa dan kesan abadi filemnya.

Dalam podcast No Tapis kali ini, pengarah urusan Inkhouse Pictures Datuk Khairul Anwar Salleh, berkongsi usahanya untuk terus melestarikan karya P. Ramlee melalui filem biopik baru bertajuk 'P. Ramlee — Jeritan Batinku' yang dijangka ditayangkan pada 2025.

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Every Podcast » NOTAPIS : Sebuah podcast Berita Harian Singapura » Kenapa remaja tertarik dengan tabiat merokok?