NOTAPIS : Sebuah podcast Berita Harian Singapura cover logo
RSS Feed Apple Podcasts Overcast Castro Pocket Casts
Malay
Non-explicit
omnycontent.com
32:23

NOTAPIS : Sebuah podcast Berita Harian Singapura

by Berita Harian Singapura

Siri podcast Berita Harian #NoTapis membincangkan pelbagai isu yang dekat dengan hati masyarakat secara terbuka dan santai.

Daripada isu berkaitan politik, ehwal semasa sehinggalah kepada hiburan dan sukan.

Menerusi perbincangan ini, pembaca akhbar Berita Harian berpeluang untuk mendengar langsung kisah mereka yang ditemuramah dengan lebih mendalam selain mengetahui berita terkini melalui analisa para wartawan Berita Harian

Copyright: 2024 Singapore Press Holdings

Episodes

Selepas 50 tahun, sumbangan P Ramlee tetap dikenang

36m · Published 03 May 10:00

Lima puluh tahun selepas berpulangnya Tan Sri P. Ramlee, namanya terus dijulang sebagai ikon seni disebabkan bakatnya yang luar biasa dan kesan abadi filemnya.

Dalam podcast No Tapis kali ini, pengarah urusan Inkhouse Pictures Datuk Khairul Anwar Salleh, berkongsi usahanya untuk terus melestarikan karya P. Ramlee melalui filem biopik baru bertajuk 'P. Ramlee — Jeritan Batinku' yang dijangka ditayangkan pada 2025.

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Mula sebagai personaliti TV, sekarang jadi tukang cari jodoh?

38m · Published 26 Apr 10:00

Singapura pun ada tukang cari jodoh seperti “Aunty Sima”?

Dalam podcast No Tapis kali ini, Penerbit Podcast, Natasha Mustafa dan Wartawan Berita Harian, Nur Humaira Sajat bertemu bersama personaliti televisyen tempatan, Sujimy Mohamad dan Haslinda Ali untuk kenali perjalanan mereka dalam industri media dari dulu hingga sekarang.

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Nak berpoligami, tapi kahwin di luar negara.... boleh ke?

43m · Published 19 Apr 10:00

Kahwin di luar negara tanpa pengetahuan Pejabat Pendaftar Pernikahan Orang Islam (ROMM), boleh ke?

Dalam podcast No Tapis kali ini, Timbalan Pendaftar ROMM, Ustaz Mohamed Khair Rahmat, dan Naib Kadi, Ustaz Hidayat Ismail, berkongsi dengan lebih lanjut tentang isu poligami dan kesannya terhadap keluarga.

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Daging yang 'dibuat' di makmal...halal ke?

39m · Published 12 Apr 10:00

Makanan alternatif, seperti daging kultur, boleh menjadi sumber makanan umat Islam. Tapi apa yang membuatnya halal?

No Tapis ajukan soalan ini kepada Ustaz Mohd Kamal Mokhtar, anggota bersekutu kanan Jawatankuasa Fatwa Muis, yang telah berkongsi tentang penghasilan daging kultur dan mengapa ia sumber makanan alternatif penting kini.

See omnystudio.com/listener for privacy information.

BTO 5 tahun terus 'upgrade' ke kondo...mampu ke?

37m · Published 05 Apr 10:00

Mampu ke saya nak 'upgrade' dari BTO ke rumah privet? Agak-agak berapa gaji yang diperlukan?

Dalam episod No Tapis kali ini, ejen hartanah, Cik Nadiyah Kamsani dan Cik Nuruhuda Md Noor, berkongsi lebih lanjut mengenai kriteria serta bagaimana anda boleh merancang untuk beralih ke rumah privet seperti kondominium.

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Bazar sekarang ‘overhyped’ atau sekadar ikut selera orang?

31m · Published 29 Mar 10:30

Adakah bazar zaman sekarang ‘overhyped’ atau itu satu keperluan untuk memenuhi citarasa orang ramai?

Dalam episod No Tapis ini, pemilik gerai Katoshka, Muhammad Hasif Othman dan pengendali syarikat penganjuran acara dan pengurusan artis Mak Besar Pte Ltd, Haryani Othman mengulas tentang komen-komen netizen dan berkongsi cabaran kendali bazar.

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Melayu dah banyak maju… tapi kenapa macam masih tak cukup?

51m · Published 22 Mar 10:43

Tahun demi tahun, masyarakat Melayu/Islam Singapura kian maju. Tetapi kenapa macam masih ada yang belum puas?

Dalam episod NoTapis ini, pemilik rangkaian gerai makanan Ashes Burnnit, Encik Lee Syafiq; Pengasas Revitalize Grp Pte Ltd, Encik Muhammad Rizal Rashid; dan pengurus dasar di sebuah syarikat teknologi global, Cik Amalina Abdul Nasir berkongsi pengalaman mereka berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam industri yang berbeza.

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Cukup ke ibadah bulan Ramadan ini?

25m · Published 15 Mar 10:30

Setiap tahun kita menantikan bulan yang mulia ini. Tetapi kadangkala, kita menjadi sibuk dengan kerja, urusan keluarga dan lain-lain hingga menjejas masa beribadah. Jadi, adakah ibadah kita mencukupi sepanjang Ramadan ini? Bagaimana caranya untuk meningkatkan penghayatan dalam Ramadan?

Dalam episod NoTapis ini, Timbalan Mufti, Dr Izal Mustafa Kamar berkongsi panduan bagaimana kita dapat terus meraihkan kebaikan bulan Ramadan ini sedang kita menjalani kehidupan yang sibuk.

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Selamat datang ke No Tapis 2.0!

1m · Published 15 Mar 08:13

No Tapis bertemu anda semula dengan wajah lebih segar! Menampilkan hos bersama yang baru, No Tapis akan mengetengahkan topik-topik lebih menarik dan terkini. Nantikan episod pertama podcast kami.

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Kalau bukan rakyat sendiri yang lindungi Singapura, siapa lagi?

35m · Published 15 Feb 09:18

Hari Pertahanan telah pun diperkenalkan selama 40 tahun, dan ia telah menjadi sebahagian daripada ‘DNA’ kita semasa kita merenung sejarah kita semasa Perang Dunia kedua (WW2). Tapi, masih relevan ke?

Dalam podcast #NoTapis kali ini, Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad berkongsi bagaimana setiap warga Singapura boleh memainkan peranan yang penting dalam melindungi Singapura hari ini.

See omnystudio.com/listener for privacy information.

NOTAPIS : Sebuah podcast Berita Harian Singapura has 379 episodes in total of non- explicit content. Total playtime is 204:37:55. The language of the podcast is Malay. This podcast has been added on August 20th 2022. It might contain more episodes than the ones shown here. It was last updated on May 3rd, 2024 17:10.

Every Podcast » Podcasts » NOTAPIS : Sebuah podcast Berita Harian Singapura