NOTAPIS : Sebuah podcast Berita Harian Singapura cover logo
RSS Feed Apple Podcasts Overcast Castro Pocket Casts
Malay
Non-explicit
omnycontent.com
32:26

NOTAPIS : Sebuah podcast Berita Harian Singapura

by Berita Harian Singapura

Siri podcast Berita Harian #NoTapis membincangkan pelbagai isu yang dekat dengan hati masyarakat secara terbuka dan santai.

Daripada isu berkaitan politik, ehwal semasa sehinggalah kepada hiburan dan sukan.

Menerusi perbincangan ini, pembaca akhbar Berita Harian berpeluang untuk mendengar langsung kisah mereka yang ditemuramah dengan lebih mendalam selain mengetahui berita terkini melalui analisa para wartawan Berita Harian

Copyright: 2024 Singapore Press Holdings

Episodes

Selamat datang ke No Tapis 2.0!

1m · Published 15 Mar 08:13

No Tapis bertemu anda semula dengan wajah lebih segar! Menampilkan hos bersama yang baru, No Tapis akan mengetengahkan topik-topik lebih menarik dan terkini. Nantikan episod pertama podcast kami.

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Kalau bukan rakyat sendiri yang lindungi Singapura, siapa lagi?

35m · Published 15 Feb 09:18

Hari Pertahanan telah pun diperkenalkan selama 40 tahun, dan ia telah menjadi sebahagian daripada ‘DNA’ kita semasa kita merenung sejarah kita semasa Perang Dunia kedua (WW2). Tapi, masih relevan ke?

Dalam podcast #NoTapis kali ini, Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad berkongsi bagaimana setiap warga Singapura boleh memainkan peranan yang penting dalam melindungi Singapura hari ini.

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Siapakah bakal jadi Presiden Indonesia?

36m · Published 08 Feb 08:05

Siapakah bakal menjadi Presiden Indonesia baru? Gandingan Prabowo-Gibran pilihan ramai belia?

Dalam podcast #NoTapis kali ini, hos Nur Adilah Mahbob, Timbalan Editor Berita dan kohos, Nizam Ismail, Editor Bersekutu Berita Harian membincangkan tentang Pilihan Raya Presiden di negara jiran Indonesia bersama Dr Mustafa Izzuddin, Penganalisis Kanan Ehwal Antarabangsa di Solaris Strategies Singapore, Dr. Pradana Boy Zulian, Ketua Pusat Pengajian Islam dan Falsafah, Universiti Muhammadiyah, di Malang, Indonesia dan koresponden Berita Harian di Jakarta, Ismira Lutfia Tisnadibrata.

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Doktor SAF bantu mangsa Gaza di Mesir, balik penuh insaf?

42m · Published 06 Feb 08:18

Leftenan Kolonel (Dr) Nazirul Hannan Abdul Aziz, yang pakar dalam perubatan kecemasan, merupakan antara dua wakil Singapura dipilih untuk menyokong operasi perubatan merawat mangsa-mangsa perang Gaza di Mesir, baru-baru ini.

Dalam podcast #NoTapis kali ini, Dr Nazirul berkongsi pengalamannya yang membuka mata dan minda. Tetapi apakah yang disaksikan beliau hingga terbit rasa insaf?

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Sukan gusti sama dengan WWE ke....

37m · Published 19 Jan 05:21

Can you SMELLLL what the rock is cooking?

Eh ni bukan rakaman WWE tapi #NoTapis bersama dua atlet gusti muda Aryan Azman dan Heba Lutfina - yang telah meraih keputusan cemerlang di pentas antarabangsa.

Dalam podcast #NoTapis kali ini, Aryan dan Heba berkongsi bagaimana mereka menceburi sukan ini sejak kecil lagi!

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Hendak kahwin lagi bukan senang...

46m · Published 19 Jan 03:56

Kalau kita cakap pasalberkahwin lagi, orang fikir senang tapi sebenarnya ada jugacabaranyangdihadapipasangan itu.

Dalam podcast #NoTapis kali ini, bersama penerbit podcast, Natasha Mustafa, Cik Mardiana Mohd Isa, Pekerja Sosial Kanan PPIS Vista Sakinah dan Ustaz Hidayat Ismail seorang naib kadi mengongsi bagaimana mereka membantu menyediakan semua pihak dalam keluargauntukmengharungiperjalanan yang baru.

Podcast ini dianjurkan dengan kerjasama antara #NoTapis dan PPIS, Satu Hati Satu Famili.

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Boleh ke cakap pasal seks sebelum berkahwin?

21m · Published 12 Jan 08:00

Boleh ke kita bincang tentang seks sebelum berkahwin?

Dalam podcast #NoTapis minggu ini, pasangan suami isteri dan penulis buku 'Sex, Soul and Islam', Cik Enon Mansor dan Encik Sidek Osman, berkongsi bagaimana untuk membincangkan topik tersebut.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Me Gusta by Vendredi https://soundcloud.com/vendrediduo

Creative Commons — Attribution 3.0 Unported — CC BY 3.0

Free Download / Stream: https://bit.ly/-me-gusta

Music promoted by Audio Library

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Demi anak, penceraian itu bukan tanda noktah....

55m · Published 12 Jan 06:15

Jika pasangan bercerai, orang di keliling mereka juga terjejas. Bagaimana Cik Siti Norhasikhin Hassan dan anak-anaknya terjejas akibat perceraiannya?

Dalam podcast #NoTapis kali ini, bersama penerbit podcast, Natasha Mustafa, Cik Zahara Mahmood, Pekerja Sosial Utama PPIS dan Ustaz Fakhrudin Amin, seorang naib kadi mengongsi bagaimana mereka membantu keluarga yang sedang menjalani proses perceraian.

Podcast ini dianjurkan dengan kerjasama antara #NoTapis dan PPIS, Satu Hati Satu Famili.

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Tidak lagi hidup gelandangan dengan bantuan....

42m · Published 06 Jan 16:00

Encik Rajesh s/o Mukund Bhai Pandya sekeluarga terpaksa hidup gelandangan di Pantai East Coast pada 2019 setelah ibunya telah menghalau mereka daripada rumah keluarganya. Bagaimana keadaannya hari ini?

Dalam podcast #NoTapis kali ini, bersama penerbit podcast, Natasha Mustafa, Encik Rajesh, Cik Suhaili Saad, Penolong kanan pekerja sosial PPIS Timur dan Cik Yuliza Wati Mohd Yusoff, Penolong kanan pekerja sosial PPIS Barat mereka mengongsi proses bantuan untuk keluarga yang mencari perumahan.

Podcast ini dianjurkan dengan kerjasama antara #NoTapisdan PPIS, Satu Hati Satu Famili.

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Psst... malu ke nak bincang tentang seks?

46m · Published 05 Jan 08:30

Topik seks mungkin sesuatu yang jarang dibincang dalam kalangan masyarakat Melayu kerana malu atau segan. Kalau nak bincang pun, nak bincang dengan siapa dan nak cakap apa?

Dalam podcast minggu ini, pasangan suami isteri dan penulis buku 'Sex, Soul and Islam', Cik Enon Mansor dan Encik Sidek Osman, berkongsi bagaimana untuk membincangkan topik tersebut.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Me Gusta by Vendredi https://soundcloud.com/vendrediduo

Creative Commons — Attribution 3.0 Unported — CC BY 3.0

Free Download / Stream: https://bit.ly/-me-gusta

Music promoted by Audio Library

See omnystudio.com/listener for privacy information.

NOTAPIS : Sebuah podcast Berita Harian Singapura has 381 episodes in total of non- explicit content. Total playtime is 206:00:51. The language of the podcast is Malay. This podcast has been added on August 20th 2022. It might contain more episodes than the ones shown here. It was last updated on May 17th, 2024 18:10.

Every Podcast » Podcasts » NOTAPIS : Sebuah podcast Berita Harian Singapura