NOTAPIS : Sebuah podcast Berita Harian Singapura cover logo
RSS Feed Apple Podcasts Overcast Castro Pocket Casts
Malay
Non-explicit
omnycontent.com
32:26

NOTAPIS : Sebuah podcast Berita Harian Singapura

by Berita Harian Singapura

Siri podcast Berita Harian #NoTapis membincangkan pelbagai isu yang dekat dengan hati masyarakat secara terbuka dan santai.

Daripada isu berkaitan politik, ehwal semasa sehinggalah kepada hiburan dan sukan.

Menerusi perbincangan ini, pembaca akhbar Berita Harian berpeluang untuk mendengar langsung kisah mereka yang ditemuramah dengan lebih mendalam selain mengetahui berita terkini melalui analisa para wartawan Berita Harian

Copyright: 2024 Singapore Press Holdings

Episodes

Kena bilis di tempat kerja tapi takut kena 'mark' kalau beritahu HR....

41m · Published 10 Nov 11:05

Cakap salah, tak cakap pun salah...

Bagaimanakah Perundangan Keadilan di Tempat Kerja (WFL) dapat memberi perlindungan tambahan daripada diskriminasi di tempat kerja? Dalam podcast #NoTapis minggu ini, Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad dan Pengasas Pengasas Crave Nasi Lemak, Dr Malik Hassan membincangkan bagaimana perundangan memberi kesan kepada majikan dan pekerja mereka.

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Perjalanan menjadi seorang juruterbang tetap mencabar bagi Encik Mohd Azhar Ramlan (Bahagian 2)

24m · Published 03 Nov 06:54

'Drop out' dalam pelajaran pada tahun terakhirnya di politeknik, Encik Mohd Azhar Ramlan diberi peluang terakhir untuk melakukan perubahan dalam hidupnya. Mengubah sikapnya dan mencari ilham yang baru, hari ini Encik Azhar adalah juruterbang yang terbang dengan syarikat penerbangan antarabangsa yang dikenali ramai.

Dengar podcast bersama penerbit podcast, Natasha Mustafa bersama juruterbang, Encik Azhar dalam bahagian 2 podcast ini.

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Boleh ke jadi seorang juruterbang setelah ‘drop-out’ dari sekolah? (Bahagian 1)

22m · Published 03 Nov 06:52

'Drop out' dalam pelajaran pada tahun terakhirnya di politeknik, Encik Mohd Azhar Ramlan diberi peluang terakhir untuk melakukan perubahan dalam hidupnya. Mengubah sikapnya dan mencari ilham yang baru, hari ini Encik Azhar adalah juruterbang yang terbang dengan syarikat penerbangan antarabangsa yang dikenali ramai.

Dengar podcast bersama penerbit podcast, Natasha Mustafa bersama juruterbang, Encik Azhar dalam bahagian 1 podcast ini.

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Umrah DIY: Adakah ia untuk anda?

50m · Published 27 Oct 12:58

"Banyak bersabar." Itulah antara yang dua wartawan Berita Harian, Muhaimin Suzaini dan Izwandi Azman, sentiasa ingatkan diri mereka sepanjang mereka cuba menunaikan umrah secara DIY buat kali pertama baru-baru ini.

Dengar pengalaman mereka serta berapa jumlah yang mereka habiskan. Barulah anda boleh membuat penilaian sama ada umrah DIY ini sesuai buat diri anda.

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Siapakah LKY di mata masyarakat Melayu?

47m · Published 20 Oct 06:46

Tahun ini kita memperingati 100 tahun kelahiran Perdana Menteri Pengasas Singapura, mendiang Encik Lee Kuan Yew, atau LKY100. Dalam podcast #NoTapis kali ini, Timbalan Editor Berita Harian, Nur Adilah Mahbob dan Penerbit Podcast, Natasha Mustafa bersama Mantan editor Berita Harian dan Menteri Negara Kanan Ehwal Luar, Encik Zainul Abidin Rasheed dan Zamil Kanan Iseas-Institut Yusof Ishak, Dr Norshahril Saat berkongsi bagaimana Encik Lee telah menyumbang kepada masyarakat Melayu Islam kita.

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Tak dapat kerja selama 2 minggu kerana tidak ada insurans...

57m · Published 13 Oct 01:55

Pada November 2022, Jawatankuasa Penasihat bagi Pekerja Platform telah mengemukakan 12 saranan untuk memperkukuh perlindungan bagi pekerja platform menyusuli pendekatan dan pertimbangan selepas lebih setahun. Saranan tersebut bertujuan memastikan pekerja platform mempunyai perlindungan kewangan mencukupi sekiranya mereka mengalami kecederaan semasa bekerja, mempertingkat kecukupan persaraan dan perumahan, serta mempertingkat perwakilan bagi golongan itu.

Baru-baru ini Penerbit Podcast, Natasha Mustafa berbincang bersamaPengarah Divisyen Operasi dan Mobilisasi Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Fahmi Aliman, Anggota Jawatankuasa Pusat NTUC, Encik Sazali Zainal dan Encik Ariff Salleh tentang bagaimana NTUC berharap dapat menyokong dan melindungi golongan pekerja gig di sini.

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Peranan penting BH sampaikan perspektif seimbang

30m · Published 07 Oct 14:45

[Bahasa Melayu]
Berita Harian, akhbar bahasa Melayu yang diterbitkan di Singapura, baru-baru ini merakamkan podcast yang memaparkan ketua editor Kumpulan Media Inggeris / Melayu / Tamil SPH Media Trust, Encik Wong Wei Kong. Podcast ini membincangkan evolusi media SPH Media dan penyesuaian Berita Harian terhadap perubahan dalam landskap media disebabkan pendigitalan.
Antara lain, podcast ini membincangkan satu inisiatif baru oleh Berita Harian, BH Lab, yang bertujuan menerbitkan berita yang tidak ada dalam media Inggeris dengan pantas menggunakan pendekatan bercerita dan mengemas kini berita itu sepanjang hari apabila ada lebih banyak fakta.
Podcast ini juga membincangkan pentingnya kewartawanan yang baik untuk menyediakan sumber maklumat yang boleh dipercayai, terutama dalam krisis seperti pandemik Covid-19.
----------
[English]
Berita Harian, a Malay-language newspaper published in Singapore, recently hosted a podcast featuring Editor-in-Chief of SPH Media Trust's English/Malay/Tamil Media Group, Mr Wong Wei Kong. The podcast discussed the evolution of SPH Media and Berita Harian's adaptation to changes in the media landscape due to digitalisation.
Among other things, the podcast discussed a new initiative by Berita Harian, BH Lab, that aims to quickly publish stories that are not on the English media using a storytelling approach and update them throughout the day as more facts become available.
The podcast also discussed the importance of good journalism in providing a trusted, credible source of information for audiences, especially during times of crisis like the Covid-19 pandemic.

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Kalau tak kita, siapa? Bincang isu bahasa bersama pengerusi Bulan Bahasa dan AP, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim

47m · Published 06 Oct 12:43

Dengan tirai Bulan Bahasa 2023 dilabuhkan, wartawan Berita Harian, Natasha Mustafa dan AP GRC Choa Chu Kang yang juga pengerusi Bulan Bahasa, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, berbincang tentang bagaimana kita sebagai masyarakat boleh memupuk rasa cinta dan minat terhadapa bahasa melayu.

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Budak muda sekarang suka pop ye ye?

19m · Published 04 Oct 07:05

Apa yang membuat anak muda sekarang gilakan kumpulan kugiran Masdo? Walhal genre yang mereka tampilkan merupakan genre muzik lama seperti pop ye ye, penampilan mereka juga bukanlah penampilan yang bersifat moden dan persembahan mereka juga agak santai. Ikuti kisah di sebalik kejayaan dan kepopularan kumpulan rok ‘indie’ dari Malaysia, kugiran Masdo bersama mantan editor podcast Shahida Sarhid dan wartawan Harith Mustaffa.

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Bekas pelajar ITE jaya buka kedai makan di New York

10m · Published 27 Sep 04:02

Bayangkan sedang ramai temannya mempunyai banyak sekolah untuk dipilih selepas Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE), Lee Syafiq hanya mempunyai beberapa pilihan sahaja. Ini kerana beliau hanya meraih agregat 94 sahaja dan terus ke aliran Normal Teknikal.

Namun, beliau kini berjaya memiliki perniagaan sendiri. Daripada satu gerai, jenama Ashes Burnnit telah berkembang kepada enam cawangan di seluruh Singapura, malah ke New York! Dengar tentang perjalanan hidupnya.

See omnystudio.com/listener for privacy information.

NOTAPIS : Sebuah podcast Berita Harian Singapura has 381 episodes in total of non- explicit content. Total playtime is 206:00:51. The language of the podcast is Malay. This podcast has been added on August 20th 2022. It might contain more episodes than the ones shown here. It was last updated on May 17th, 2024 18:10.

Every Podcast » Podcasts » NOTAPIS : Sebuah podcast Berita Harian Singapura