NOTAPIS : Sebuah podcast Berita Harian Singapura cover logo
RSS Feed Apple Podcasts Overcast Castro Pocket Casts
Malay
Non-explicit
omnycontent.com
32:26

NOTAPIS : Sebuah podcast Berita Harian Singapura

by Berita Harian Singapura

Siri podcast Berita Harian #NoTapis membincangkan pelbagai isu yang dekat dengan hati masyarakat secara terbuka dan santai.

Daripada isu berkaitan politik, ehwal semasa sehinggalah kepada hiburan dan sukan.

Menerusi perbincangan ini, pembaca akhbar Berita Harian berpeluang untuk mendengar langsung kisah mereka yang ditemuramah dengan lebih mendalam selain mengetahui berita terkini melalui analisa para wartawan Berita Harian

Copyright: 2024 Singapore Press Holdings

Episodes

Ketagih permainan video, belia jadi radikal?

11m · Published 20 Sep 07:20

Penggunaan permainan video dapat menarik dan merekrut remaja dari seluruh pelosok dunia dengan mudah apatah lagi penggunaan media yang lebih terbuka dan bebas serta dapat menyampaikan kandungan serta maklumat dalam masa yang singkat.

Inilah antara isu yang dikongsi Pengkaji isu-isu antara Agama dan Berbilang Budaya, Encik Mohamed Imran Mohamed Taib dan pakar psikologi klinikal yang juga Pengasas Impossible Psychological Services, Encik Muhammad Haikal Jamil dalam dalam siri Podcast #No Tapis.

Isu radikalisasi dibincangkan menyusuli tangkapan dua remaja berusia 15 dan 16 tahun yang telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Besarnya impak pendidik prasekolah pada si kecil

1h 6m · Published 18 Sep 10:57

Tugas guru prasekolah sekadar untuk ajar anak makan, bawa murid ke tandas dan tukar lampin bayi?

Ini mungkin sebahagian kecil sahaja tugas mereka tetapi lebih penting lagi, mereka sebenarnya memainkan peranan lebih penting yang meninggalkan kesan besar pada murid di bawah jagaan mereka dalam jangka panjang.

Ikuti perbincangan bersama Pengurus Sokongan Pembelajaran dan Pembangunan E-Bridge, Cik Seri Rahayu Ariff; guru bahasa ibunda di Pusat Pembangunan Kanak-Kanak Iyad Perdaus, Encik Kamal Hariz Othman; dan penerbit filem, Fizah Nizam

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Keharmonian Kaum

14m · Published 14 Sep 06:11

Singapura adalah sebuah masyarakat berbilang kaum dan agama. Oleh itu, keharmonian kaum dan agama amat penting bagi perpaduan sosial Singapura. Ikuti perbincangan dua pelajar Menengah 3 dari Sekolah Menengah Commonwealth, Muhammad Haziq Zainuddin dan Belle Yapp Yee Qin, mengenai usaha mereka membina kepercayaan, dan penerimaan antara kaum dan agama yang berbeza.

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Nak mulakan perniagaan tapi tak tahu bagaimana? DPPMS boleh bantu.

44m · Published 10 Sep 07:06

Kecoh apabila wartawan Berita Harian, Natasha Mustafa dan Anwar Saleh, mahu buka bisnes apam balik dan urut! Mujur ada Presiden Dewan Perniagaan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Encik Abu Bakar Mohd Nor, yang berkongsi bagaimana DPPMS boleh bantu mereka serta usaha lain yang dijalankan badan itu untuk membantu peniaga di sini.

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Menghidupkan biodiversiti di Sekolah Menengah Commonwealth

11m · Published 06 Sep 07:49

Di Singapura, kami bergantung berat kepada import makanan dari negara lain. Bagaimanakah anda sebagai seorang individu dapat mainkan peranan untuk menyumbang kepada kemampanan makanan di Singapura? Ikuti perbincangan dua pelajar dari Sekolah Menengah Commonwealth, Qidran Najmi Shahrin dan Muhammad Rayyan Sofyan mengenai pengalaman mereka bercucuk tanam.

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Klasifikasi baru flat BTO lebih inklusif, bukan untuk kawal harga

51m · Published 05 Sep 04:34

Dalam Rapat Hari Kebangsaan 2023, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, mengumumkan satu sistem klasifikasi baru bagi flat Bina Ikut Tempahan (BTO) untuk membezakan projek BTO berdasarkan lokasi mereka.

Mulai separuh kedua 2024, flat-flat akan digolongkan dalam tiga kategori - Standard, Plus dan Prime. Dalam satu sesi podcast #NoTapis ini, kami membincangkan perkembangan terkini dalam isu perumahan awam itu serta syarat-syarat yang dikenakan.

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Home Team dan diskriminasi kaum. Encik Shanmugam perjelas keadaan.

30m · Published 25 Aug 11:21

Dalam tempoh lima tahun yang lalu, Home Team telah menyiasat enam kes mengenai diskriminasi kaum yang dilaporkan pegawainya, dan hanya tiga daripadanya yang didapati berasas.
Enam kes disiasat itu adalah sekitar 1.1 peratus daripada 310 kes isu tempat kerja yang dilaporkan dalam kalangan 29,000 pegawai di Home Team, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-undang, Encik K. Shanmugam.
Ini didedahkan Encik Shanmugam dalam episod podcast #NoTapis yang membincangkan tentang isu diskriminasi kaum dan agama di Home Team.

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Isu 'BGR' pada peringkat remaja. Terlalu awal ke?

15m · Published 23 Aug 05:54

Peringkat remaja merupakan titik penting dalam pembentukan seorang individu yang mana salah satu isu yang mereka hadapi adalah rasa cinta dan keinginan menjalin hubungan bersama teman jantina lain atau 'bgr'? Bagaimana pula dengan hubungan bercinta dengan teman berbangsa lain pula?

Ikuti perbincangan podcast edisi pelajar Gen G oleh wartawan Harith Mustaffa bersama pelajar Sekolah Menengah Woodlands Ring, Muhammad Nur Azhar Salleh dan Nura Klarissa Muhammad Azli yang masing-masing berkongsi tentang kisah cinta mereka.

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Kenapa remaja tertarik dengan tabiat merokok?

12m · Published 10 Aug 04:31

Isu merokok dalam kalangan pelajar sekolah kekal menjadi satu keprihatinan dan ia seolah sudah menjadi suatu kebiasaan melihat mereka mula merokok pada usia sangat muda. Apa antara sebab yang mendorong tabiat ini? Bagaimana pula media sosial memburukkan lagi keadaan tersebut? Ikuti perbincangan podcast edisi pelajar Gen G oleh wartawan Harith Mustaffa bersama pelajar Sekolah Menengah Woodlands Ring, Nina Syamira Wira dan Nur Nabilah Mohd Sairi.

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Ustaz 10 isteri: 10 isteri tetap pertahankan Abu Talib

9m · Published 02 Aug 10:17

Sepanjang perbicaraan kes Abu Talib, para isterinya telah banyak mempertahankan tindakan mahupun ajarannya. 

Misalnya, empat isteri pertamanya mengaku yang mereka membenarkan Abu Talib mengahwini enam wanita lain. 

Malah dalam satu kenyataan, mereka mendakwa merasa gembira dapat berkongsi suami dan dia melayan mereka dengan adil dan saksama. 

See omnystudio.com/listener for privacy information.

NOTAPIS : Sebuah podcast Berita Harian Singapura has 381 episodes in total of non- explicit content. Total playtime is 206:00:51. The language of the podcast is Malay. This podcast has been added on August 20th 2022. It might contain more episodes than the ones shown here. It was last updated on May 17th, 2024 18:10.

Every Podcast » Podcasts » NOTAPIS : Sebuah podcast Berita Harian Singapura