NOTAPIS : Sebuah podcast Berita Harian Singapura cover logo
RSS Feed Apple Podcasts Overcast Castro Pocket Casts
Malay
Non-explicit
omnycontent.com
32:26

NOTAPIS : Sebuah podcast Berita Harian Singapura

by Berita Harian Singapura

Siri podcast Berita Harian #NoTapis membincangkan pelbagai isu yang dekat dengan hati masyarakat secara terbuka dan santai.

Daripada isu berkaitan politik, ehwal semasa sehinggalah kepada hiburan dan sukan.

Menerusi perbincangan ini, pembaca akhbar Berita Harian berpeluang untuk mendengar langsung kisah mereka yang ditemuramah dengan lebih mendalam selain mengetahui berita terkini melalui analisa para wartawan Berita Harian

Copyright: 2024 Singapore Press Holdings

Episodes

Lepas kahwin kita akan selalu bahagia je..... Betul ke?

35m · Published 31 Dec 01:00

Dalam podcast #NoTapis kali ini, kita akan bincangkan topik KAHWIN KAHWIN!

Bersama penerbit podcast, Natasha Mustafa, Cik Noor Erna Syarinie Mohd Hirwan, anak muda yang baru bernikah, Cik Maghfurah Salimen, pekerja kes di PPIS dan Ustaz Muhammad Zuhaili Md Yusof seorang naib kadi akan mengupaskan apa yang pasangan baru boleh lakukan untuk terus mengukuhkan lagi rumah tangga mereka.

Podcast ini dianjurkan dengan kerjasama antara #NoTapis dan PPIS, Satu Hati Satu Famili.

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Tak bersalah ke jual air harga $350 kepada anak-anak kecil?

44m · Published 29 Dec 08:30

IT'S PRIME TIME! Eh bukan, ini #NoTapis time bersama dua anak muda di sebalik jenama SGFR - Mohammed Haikkel Firdhaus, pengasas SGFR dan Putri Rahadatul 'Aisy Mohammad Rasiff, pengasas bersama SGFR - yang telah membuka lima kedai yang menjual minuman viral dan snek yang unik! Apa rahsia mereka?

Dalam podcast #NoTapis kali ini, Haikkel dan Putri berkongsi bagaimana mereka dapat berkembang perniagaan dengan cepat!

Muzik: Choose Your Path oleh Jingle Punks

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Kalau adik ipar boleh jaga anak titipan, saya pun boleh....

23m · Published 24 Dec 01:00

Jaga anak titipan ni senang je... Betul ke?

Dalam podcast #NoTapis minggu ini, Cik Norlia Ali Marican dan kakak ipar, Cik Waridah Sadaun bersama pekerja sosial kanan PPIS Oasis, Cik Intrisaridewi Ali mengetengahkan cabaran yang mereka mengalami sebagai ibu bapa titipan. Ini adalah bahagian satu podcast tentang PPIS Oasis.

Podcast ini dianjurkan dengan kerjasama antara #NoTapis dan PPIS, Satu Hati Satu Famili.

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Nak jadi ibu bapa titipan mesti kaya ke?

23m · Published 24 Dec 01:00

Antara mitos tentang ibu bapa titipan adalah mereka harus kaya atau berada. Hmmmm betul ke?

Dalam podcast #NoTapis minggu ini, Cik Norlia Ali Marican dan kakak ipar, Cik Waridah Sadaun bersama pekerja sosial kanan PPIS Oasis, Cik Intrisaridewi Ali berkongsi tentang proses menjadi ibu bapa titipan. Ini adalah bahagian kedua podcast tentang PPIS Oasis.

Podcast ini dianjurkan dengan kerjasama antara #NoTapis dan PPIS, Satu Hati Satu Famili.

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Aina Abdul "koyak" dengan komen netizen?

38m · Published 22 Dec 07:03

Penyanyi terkenal Malaysia, Aina Abdul, melawat Berita Harian Singapura dan berkongsi tentang kehidupannya masa kecil, perjuangannya, fesyennya dan apa rakyat Singapura boleh harapkan untuk konsert A Night With Aina Abdul Live In Singapore pada 6 Januari 2024.

Musik: Savoy Theatre oleh Twin Musicom

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Apa yang Aisyah rower buat lepas Olimpik 2016?

40m · Published 15 Dec 06:36

Aisyah yang dikenali sebagai Aisyah Gala atau Aisyah Rower ni memang hebat hebat sangat. Pada 2013, Aisyah meraih pingat emas di Sukan SEA Myanmar, mengakhiri kemarau pingat 16 tahun. Ini pingat emas pertama, dalam acara pendayung. Pada 2015, pula beliau meraih pingat gangsa di Sukan SEA Singapura. Kemudian beliau mencipta sejarah dengan menjadi pendayung Singapura pertama layak ke Sukan Olympic di Singapura pada 2016 dan mendapat kedudukan ke-23 di Sukan Olimpik Musim Panas 2016. Tapi selepas itu apa yang Aisyah lakukan? Dengarkan perkembangannya dalam podcast #NoTapis minggu ini.

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Ketua kesatuan NTUC buat apa...jadi cashier FairPrice ke?

51m · Published 08 Dec 10:02

Ketiga-tiga pemimpin kesatuan itu - Encik Abdul Samad Abdul Wahab, Encik Sazali Zainal dan Cik Noor Irdawaty Jammarudin - memiliki pengalaman yang luas dalam membantu dan memperjuangkan isu-isu pekerja.

Tiga karyawan Melayu ini telah dipilih untuk menduduki Jawatankuasa Pusat Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) bagi penggal baru 2023-2027.

Tapi dengan peranan baru ini, apa yang mereka akan lakukan? Mereka jelaskannya dalam podcast #NoTapis minggu ini.

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Kenapa Hazrul Nizam & Dina Nadzir "Berat Hati"?

59m · Published 01 Dec 09:57

#NOTAPIS: Alumni GV9 berduet lagu baru, "Berat Hati"

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Konflik Israel-Palestin: Respons & sentimen masyarakat

1h 7m · Published 27 Nov 10:40

Bagaimana sentimen serta respons masyarakat Singapura, khususnya masyarakat Melayu/Islam setempat, mengenai konflik Israel-Palestin? Dan bagaimana ia bersangkut-paut dengan pendirian pemerintah?


Editor Berita BH, Encik Nazri Hadi Saparin bincangkan bersama Anggota Parlimen GRC Chua Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim; Ketua Pusat Harmoni, Ustazah Liyana Rosli Asmara; dan Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Dr Syed Harun Taha Alhabsyi.

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Konflik Israel - Palestin - Apakah sebenarnya penyelesaian 2 negara?

13m · Published 17 Nov 09:46

Pendirian Singapura terhadap konflik Israel-Palestin adalah konsisten selama bertahun-tahun, iaitu penyelesaian dua negara. Namun, apakah sebenarnya penyelesaian dua negara dan bagaimana serta bila huraian ini wujud?

Dalam podcast #NoTapis minggu ini, wartawan Nur Fathin Awalludin bincangkan topik tersebut.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Muzik:

Waited (instrumental) by RYYZN https://soundcloud.com/ryyzn
Creative Commons — Attribution 3.0 Unported — CC BY 3.0
Free Download / Stream: http://bit.ly/al-waited
Music promoted by Audio Library

See omnystudio.com/listener for privacy information.

NOTAPIS : Sebuah podcast Berita Harian Singapura has 381 episodes in total of non- explicit content. Total playtime is 206:00:51. The language of the podcast is Malay. This podcast has been added on August 20th 2022. It might contain more episodes than the ones shown here. It was last updated on May 17th, 2024 18:10.

Every Podcast » Podcasts » NOTAPIS : Sebuah podcast Berita Harian Singapura