NOTAPIS : Sebuah podcast Berita Harian Singapura cover logo
RSS Feed Apple Podcasts Overcast Castro Pocket Casts
Malay
Non-explicit
omnycontent.com
32:27

NOTAPIS : Sebuah podcast Berita Harian Singapura

by Berita Harian Singapura

Siri podcast Berita Harian #NoTapis membincangkan pelbagai isu yang dekat dengan hati masyarakat secara terbuka dan santai.

Daripada isu berkaitan politik, ehwal semasa sehinggalah kepada hiburan dan sukan.

Menerusi perbincangan ini, pembaca akhbar Berita Harian berpeluang untuk mendengar langsung kisah mereka yang ditemuramah dengan lebih mendalam selain mengetahui berita terkini melalui analisa para wartawan Berita Harian

Copyright: 2024 Singapore Press Holdings

Episodes

Pembunuhan Nonoi: Mayat dijumpa bawah jembatan Aljunied (Bahagian 3)

11m · Published 02 Jun 05:34

Mohammed Ali hanya mengaku dia yang menyorok Nonoi beberapa hari selepas itu kepada keluarga sebelum menyerah diri ke Balai Polis Bedok.

Mayat Nonoi ditemui dalam keadaan amat memilukan - telanjang dan separuh reput di bawah jejambat Aljunied dengan ditutupi serpihan batu-batu dan sampah sarap.

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Pembunuhan Nonoi: Kepalanya dibenam dalam baldi berisi air (Bahagian 2)

6m · Published 31 May 01:05

Nonoi terus-terusan menangis. Ini yang menimbulkan amarah Ali.

Ali yang memang panas baran menampar pipi, menumbuk kaki dan tulang rusuk Nonoi untuk cuba menghentikannya daripada berterusan menangis.

Nonoi menangis dengan lebih kuat.

Dalam kemarahan, Ali menarik tangannya dan memaksanya ke tandas di dapur dan mengancam akan memasukkannya ke dalam air.

Nonoi masih menangis. 

Ali menarik tangannya dan memaksanya ke tandas di dapur. 

Terdapat satu baldi merah di dalam tandas itu.

Dengar Episod 2: Bahagian 2, Diari Mahkamah: Pembunuhan Nonoi 

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Pembunuhan Nonoi: Kanak-kanak 2 tahun yang hilang......(Bahagian 1)

8m · Published 30 May 13:50

Pada 1 Mac 2006, Nurasyura Mohamed Fauzi atau lebih mesra dengan panggilan Nonoi,  tiba-tiba didapati hilang.

Saudara-mara, jiran tetangga dan pegawai pembersih turut menyertai pihak polis dalam pencarian besar-besaran untuk mencari kanak-kanak berusia dua tahun ini. 

Nonoi telah hilang daripada unit bawah datuknya di Blok 63, Circuit Road.

Dalam Episod 2: Diari Mahkamah, kami menyelongkar kisah menyayat hati yang pernah menggegarkan Singapura satu ketika dulu dengan pembunuhan Nonoi.

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Diari Mahkamah: Ep 1 : Perbicaraan (Bahagian 3)

11m · Published 18 May 23:30

Remaja tertuduh Z hanya berusia 15 tahun apabila melakukan pembunuhan itu, adakah dia terlepas daripada hukuman gantung?

Jika ya, mengapa?

Dengarkan penjelasan daripada peguam kami Dzuleqhmal Dzuleqhram dalam Bahagian 3 Anthony Ler : Perbicaraan.

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Diari Mahkamah Ep 1: Anthony Ler (Bahagian 1)

6m · Published 18 May 23:00

Dalam siri podcast terbaru ini, kami membawakan kepada anda jenayah-jenayah yang pernah berlaku di Singapura satu ketika dulu.

Sepanjang lapan episod, kami akan ketengahkan warga kerja Berita Harian yang telah membuat laporan mengenai kisah itu, mendapatkan pandangan pakar seperti kaunselor dan juga peguam untuk menerangkan lebih lanjut tentang aspek psikologi pelaku, mangsa dan juga aspek undang-undang.

Episod pertama Diari Mahkamah akan meninjau bagaimana seorang suami, Anthony Ler sanggup merancang dan  mengupah seseorang untuk membunuh isterinya.

Untuk mengongsi pandangan anda, anda boleh mengirimkan emel kepada Editor Podcast Shahida Sarhid di [email protected] 

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Diari Mahkamah: Ep 1: Rancangan Membunuh (Bahagian 2)

6m · Published 17 May 23:15

Bagaimanakah Anthony Ler merancang untuk membunuh isterinya?

Siapakah yang dia upah untuk melaksanakan rancangan bunuhnya itu?

Apakah kesudahannya?

Dengar Bahagian 2 - Anthony Ler : Rancangan Membunuh di #NoTapis 

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Penari Melayu lelaki ‘lembut’? Betul ke?

11m · Published 10 May 07:59

Dalam episod #NoTapis edisi pelajar kali ini, Duta Bahasa 2021 yang juga penggiat seni, Dr Noramin Farid, berkongsi tentang pengalamannya menceburi bidang tarian Melayu. Betul ke tarian Melayu ini bersifat lembut sahaja? Apakah kaitannya dengan budaya Melayu? Dengar podcast ini.

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Mampukah pesilat negara Nurul Suhaila mengekalkan pingat emasnya di Sukan SEA 2023?

50m · Published 09 May 03:01

Bagaimanakah persiapan juara dunia pencak silat  Nurul Suhaila Saiful menjelang Sukan SEA ini?

Nurul Suhaila yang merupakan pemenang pingat di Sukan SEA 2022 bakal bertanding dalam kelas E puteri 65 hingga 70 kilogram kali ini.

Apa yang boleh kita jangkakan daripada beliau daripada segi persiapan dan semangatnya untuk terus mengembangkan lagi sukan seni mempertahankan diri ini di mata masyarakat?

Dengar podcast #NoTapis: Extra Time yang dirakamkan di Wisma Geylang Serai bersama editor podcast Shahida Sarhid dan wartawan sukan, Zulaiqah Abdul Rahim 

 

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Tolong! Anak tak pandai berbual bahasa Melayu?

11m · Published 26 Apr 09:01

Dalam episod #NoTapis edisi pelajar kali ini, duta bahasa 2022 yang juga personaliti televisyen, Encik Fir Rahman dan Encik Hans Hamid, berkongsi pengalaman mereka untuk bertutur bahasa Melayu di rumah bersama anak-anak mereka. Penting ke untuk berdwibahasa? Kenapa susah nak bertutur bahasa Melayu di rumah? Ikuti podcast ini.

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Tahap permainan Liga Perdana Singapura merosot? Salah siapa? (Bahagian 3/3)

27m · Published 15 Apr 10:00

See omnystudio.com/listener for privacy information.

NOTAPIS : Sebuah podcast Berita Harian Singapura has 383 episodes in total of non- explicit content. Total playtime is 207:14:39. The language of the podcast is Malay. This podcast has been added on August 20th 2022. It might contain more episodes than the ones shown here. It was last updated on May 31st, 2024 19:10.

Every Podcast » Podcasts » NOTAPIS : Sebuah podcast Berita Harian Singapura