NOTAPIS : Sebuah podcast Berita Harian Singapura cover logo
RSS Feed Apple Podcasts Overcast Castro Pocket Casts
Malay
Non-explicit
omnycontent.com
32:27

NOTAPIS : Sebuah podcast Berita Harian Singapura

by Berita Harian Singapura

Siri podcast Berita Harian #NoTapis membincangkan pelbagai isu yang dekat dengan hati masyarakat secara terbuka dan santai.

Daripada isu berkaitan politik, ehwal semasa sehinggalah kepada hiburan dan sukan.

Menerusi perbincangan ini, pembaca akhbar Berita Harian berpeluang untuk mendengar langsung kisah mereka yang ditemuramah dengan lebih mendalam selain mengetahui berita terkini melalui analisa para wartawan Berita Harian

Copyright: 2024 Singapore Press Holdings

Episodes

Kes Mayat Dikerat-Kerat: Rancangan Membunuh

7m · Published 24 Jul 06:38

Leong menggunakan beberapa cara untuk membuang bukti. 

Dengan mengunakan basikal, Leong menuju ke Ubi untuk membuang baju, kasut dan kaki Cik Liu di kawasan tempat pembuangan sampah yang berlainan. 

Sejurus selepas itu, Leong mengunakan teksi untuk ke Sungai Singapura dan Sungai Kallang. Di sana, Leong menghumban bahagian paha, kepala dan badan Cik Liu. 

Dengarkan bahagian kedua Diari Mahkamah: Kes Mayat Dikerat-Kerat 

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Kes Mayat Dikerat-Kerat: Leher kekasih dicerut dan dihumban

3m · Published 24 Jul 06:34

Inilah bak kisah cinta Shakespeare 'Romeo dan Juliet' dan mempunyai kisah tragik.

Leong, seorang penyelia kilang dikatakan mencerut leher kekasihnya, Cik Liu, ya bekerja sebagai operator kilang dari syarikat yang sama, dengan tuala hingga mati, di flat Leong dekat  Lorong 3 Geylang. 

Mayat Cik Liu dikerat 7 bahagian sebelum dihumban di beberapa tempat termasuk Sungai Kallang.

Dengar kisahnya dalam #NoTapis: Diari Mahkamah

See omnystudio.com/listener for privacy information.

"Kenapa gaji permulaan asatizah kurang $2,000?"

31m · Published 23 Jul 04:00

Menurut tinjauan Berita Harian (BH), gaji permulaan sebahagian pekerjaan dalam sektor keagamaan masih kurang $2,000 termasuk untuk siswazah. Apakah isu ini akan terus menjadi pertikaian? 

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Gaji rendah buat siswazah universiti Islam tak mahu jadi ustaz?

35m · Published 22 Jul 21:00

Isu gaji asatizah sudah lama dibincangkan, namun menarik lebih banyak perhatian sejak kebelakangan ini. Ada yang menyatakan gaji rendah yang ditawarkan institusi keagamaan buat siswazah universiti Islam tak mahu sertai sektor itu, betul ke? 

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Kes Bunuh Huang Na: Perbicaraan Took Leng How

11m · Published 17 Jul 23:00

Lima kecederaan di muka Huang Na membuktikan bahawa Took telah menutup mulut dan hidung Huang Na.

Hakim berpendapat bahawa walaupun Took benar-benar menghidap skizofrenia, dia masih sedar tentang apa yang telah berlaku dan apa yang dia lakukan selepas membuat kesalahan.

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Kes Bunuh Huang Na: Huang Na ditemui di lereng bukit di Telok Blangah Hill Park

8m · Published 16 Jul 23:00

Mayat Huang Na ditemui dalam kotak berukuran 50 x 40 x30 sentimeter di lereng gaungs elepas 20 pegawai polis melancarkan operasi mencari budak warga Cina berusia lapan tahun itu.

Kotak itu telah diikat dengan pita pelekat dan mengeluarkan bau mayat yang sudah reput ketika ditemui.

Apa yang telah terjadi?

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Extra Time: Apakah perubahan kepada peraturan SPL akan bunuh mutu pemain senior?

18m · Published 16 Jul 07:58

Perubahan pada peraturan Liga Perdana Singapura (SPL) untuk memberikan pemain utama bawah 23 dan 22 tahun (U-22) negara lebih masa permainan dalam liga bukan langkah yang disambut baik fraterniti sukan setempat. 

Keputusan itu akan hanya menjejas mutu permainan satu-satunya liga profesional Singapura, kata bekas pemain pertahanan Singa, Faritz Hameed.

Dengan terus perkongsian terus terangnya bersama editor podcast Shahida Sarhid dan wartawan sukan, Zulaiqah Abdul Rahim dalam #NoTapis: Extra Time

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Extra Time: Nishigaya bukan orang tepat galas jawatan ketua jurulatih nasional? (Bahagian 2)

13m · Published 16 Jul 07:53

Apakah Nishigaya bukan orang yang tepat untuk menggalas jawatan penting selaku ketua jurulatih nasional?

Bagaimanakah rekod hambarnya selama ini?

Mengapa ia tidak diambil kira?

Peminat Syed Faris dari SingaBrigade mengongsi pandangannya bersama bekas pemain negara Faritz Hameed dalam #NoTapis: Extra Time

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Extra Time: Jurulatih tepat diperlukan untuk ubah ekosistem

42m · Published 15 Jul 04:51

“Apabila anda mengurus dan mengenali pemain anda dengan baik, pemain akan bermain demi anda. Jadi, apa sahaja (taktik) yang anda laksanakan akan menjadi mudah. Pemain akan sanggup berusaha lebih untuk mendapat kemenangan buat anda,” kata Faritz.

Faritz juga mendedahkan bahawa beliau tidak pernah melihat Nishigaya turun ke sesi latihan pasukan Jaguars sepanjang pelantikannya.

Apa yang berlaku sebalik tabir?

Dengar podcast bersama editor podcast Shahida Sarhid dan wartawan sukan, Zulaiqah Abdul Rahim bersama bekas pemain negara Faritz Hameed dan penyokong dari SingaBrigade, Syed Farris.

See omnystudio.com/listener for privacy information.

"Saya tiada pengalaman kerja. Mahukah majikan ambil saya bekerja?"

34m · Published 14 Jul 08:00

Inilah antara keluhan belia dalam usaha mereka mencari kerja.

Apakah antara inisiatif yang ada untuk membantu golongan belia melayari proses mencari pekerjaan dalam dunia serba mencabar hari ini?

 

See omnystudio.com/listener for privacy information.

NOTAPIS : Sebuah podcast Berita Harian Singapura has 383 episodes in total of non- explicit content. Total playtime is 207:14:39. The language of the podcast is Malay. This podcast has been added on August 20th 2022. It might contain more episodes than the ones shown here. It was last updated on May 31st, 2024 19:10.

Every Podcast » Podcasts » NOTAPIS : Sebuah podcast Berita Harian Singapura