NOTAPIS : Sebuah podcast Berita Harian Singapura cover logo
RSS Feed Apple Podcasts Overcast Castro Pocket Casts
Malay
Non-explicit
omnycontent.com
32:27

NOTAPIS : Sebuah podcast Berita Harian Singapura

by Berita Harian Singapura

Siri podcast Berita Harian #NoTapis membincangkan pelbagai isu yang dekat dengan hati masyarakat secara terbuka dan santai.

Daripada isu berkaitan politik, ehwal semasa sehinggalah kepada hiburan dan sukan.

Menerusi perbincangan ini, pembaca akhbar Berita Harian berpeluang untuk mendengar langsung kisah mereka yang ditemuramah dengan lebih mendalam selain mengetahui berita terkini melalui analisa para wartawan Berita Harian

Copyright: 2024 Singapore Press Holdings

Episodes

Kenapa remaja tertarik dengan tabiat merokok?

12m · Published 10 Aug 04:31

Isu merokok dalam kalangan pelajar sekolah kekal menjadi satu keprihatinan dan ia seolah sudah menjadi suatu kebiasaan melihat mereka mula merokok pada usia sangat muda. Apa antara sebab yang mendorong tabiat ini? Bagaimana pula media sosial memburukkan lagi keadaan tersebut? Ikuti perbincangan podcast edisi pelajar Gen G oleh wartawan Harith Mustaffa bersama pelajar Sekolah Menengah Woodlands Ring, Nina Syamira Wira dan Nur Nabilah Mohd Sairi.

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Ustaz 10 isteri: 10 isteri tetap pertahankan Abu Talib

9m · Published 02 Aug 10:17

Sepanjang perbicaraan kes Abu Talib, para isterinya telah banyak mempertahankan tindakan mahupun ajarannya. 

Misalnya, empat isteri pertamanya mengaku yang mereka membenarkan Abu Talib mengahwini enam wanita lain. 

Malah dalam satu kenyataan, mereka mendakwa merasa gembira dapat berkongsi suami dan dia melayan mereka dengan adil dan saksama. 

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Ustaz 10 isteri: Ajaran sesat untuk pancing anak dara..

12m · Published 02 Aug 10:16

Abu Talib mengeluarkan permohonan maaf di akhbar Berita Harian kepada keluarga isteri ketiganya, yang dinikahi tanpa izin wali di Thailand. 

Keluarga wanita itu telah mengambil tindakan mahkamah ke atas Abu Talib setelah anak gadis 21 tahun itu kahwin lari dengannya. 

Belum selesai kes tersebut, Abu Talib menikahi isteri keempat, seorang gadis berusia 20 tahun yang berhenti politeknik kerana lelaki itu mengatakan kursus kejuruteraan tidak sesuai dengan naluri wanita. 

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Ustaz 10 isteri : 2+3+4.. salah tafsiran surah An-Nisa

7m · Published 02 Aug 10:11

Lelaki yang menggelar dirinya Ustaz itu mengaku mengaku bahawa lelaki Islam boleh berkahwin lebih daripada 4 berdasarkan Surah An-Nisa ayat 3 dan 4 yang mengatakan kahwinlah 2 atau 3 atau 4 tapi Ustaz menafsirkannya sebagai 2 campur 3 campur 4 boleh lebih daripada 4 lah.

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Kekejaman ke atas Danish Iman: Ditemui tertiarap atas lantai..

8m · Published 30 Jul 09:08

Pada 15 Disember 2010, Danish Iman Abdullah, tiga tahun, ditemui tertiarap di lantai tempat mandi selepas disuruh teman lelaki ibunya, Muhammad Raffiq Jaffah, untuk ke tandas membersihkan wajahnya. 

Apa yang sebenarnya berlaku pada hari itu?

 

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Kekejaman ke atas Danish Iman: Tragedi menimpa...

5m · Published 30 Jul 09:04

Semasa wartawan mengunjungi rumah yang didiami Nurul Jannah dan Muhammad Raffiq bersama Danish selepas itu, keadaannya kelihatan bukan seperti rumah yang didiami kanak-kanak. 

Baju dan perkakas memancing dilaporkan berselerakan. Tiada mainan atau katil bayi yang kelihatan. 

Sekadar botol susu yang tersembunyi di dalam cadar menjadi bukti adanya kehadiran seorang kanak-kanak di rumah itu. 

Begitu keadaan studio apartmen seluas 200 meter persegi yang terletak di Geylang Road, di mana Danish meluangkan tiga bulan terakhir hayatnya

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Kekejaman ke atas Danish Iman: Pemetik api panas diletakkan pada dada anak kecil

11m · Published 30 Jul 09:02

Kehidupan Danish di rumah itu tidak tenteram, dengan Muhammad Raffiq yang sering mencari alasan untuk menderanya. 

Dalam satu kejadian,  Muhammad Raffiq sedang bermain kereta kawalan jauh dengan anak kecil itu di apartmen tersebut sekitar awal Disember 2010 apabila Danish ternampak pemetik api di lantai. 

Setelah beberapa kali cuba menyalakannya, Muhammad Raffiq dikatakan meletakkan pemetik api yang panas itu pada dada dan kaki Danish.

Dengar kekejaman yang berlaku ke atas anak kecil ini bersama editor podcast, Shahida Sarhid 

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Wanita bergaji tinggi pun boleh kena dera?

36m · Published 28 Jul 05:47

Peguam, Encik Nizam Abbas menceritakan kisah seorang kliennya, iaitu seorang peguam yang suaminya seorang doktor.

Menurut beliau, pasangan itu kelihatan seperti pasangan sempurna tetapi di rumah wanita itu didera melalui pelbagai cara.

“Suaminya sering mengawalnya. Beliau tidak dapat keluar, selalu dipukul dan disepak. Tetapi sebagai seorang peguam, beliau berjuang di mahkamah untuk membantu klien-kliennya yang mungkin mengalami keadaan yang sama,” ujar Encik Nizam.

Beliau menambah bahawa keadaan seperti itu banyak berlaku.

Dengar lanjut podcast ini bersama wartawan Natasha Mustafa

See omnystudio.com/listener for privacy information.

"Tolong jangan jadikan saya sebagai bahan jenaka awak....."

17m · Published 25 Jul 07:28

Media sosial boleh mendatangkan tekanan kepada remaja yang meluangkan banyak masa di wadah tersebut. Apa yang menyebabkan tekanan ini? Bagaimana remaja menanganinya? Ikuti perbincangan podcast edisi pelajar Gen G oleh wartawan Harith Mustaffa bersama pelajar Sekolah Menengah Woodlands Ring, Suffian Rasid dan Thalhah Ali.

See omnystudio.com/listener for privacy information.

Kes Mayat Dikerat-Kerat: Perbicaraan

5m · Published 24 Jul 06:41

Semasa perbicaraan, penyelia tertuduh, Leong, telah memberitahu Mahkamah Tinggi yang dia dan Cik Liu berniat untuk sama-sama membunuh diri.

Menurut undang-undang, ia tidak dianggap sebagai pembunuhan apabila seseorang di atas 18 tahun mati atau mengambil risiko mati dengan persetujuannya sendiri. 

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Lau Wing Yum, mengelar Leong sebagai pembohong. 

Dengarkan bahagian terakhir dalam episod keenam Diari Mahkamah 

See omnystudio.com/listener for privacy information.

NOTAPIS : Sebuah podcast Berita Harian Singapura has 383 episodes in total of non- explicit content. Total playtime is 207:14:39. The language of the podcast is Malay. This podcast has been added on August 20th 2022. It might contain more episodes than the ones shown here. It was last updated on May 31st, 2024 19:10.

Every Podcast » Podcasts » NOTAPIS : Sebuah podcast Berita Harian Singapura